Kembali


 Sebebas mana pun kita terbang, akhirnya kita kembali ke tempat yang asal jugak.. Dan peran kita semua adalah sama, mencari bekal untuk dibawa pulang...Cuma jalan cerita kita sahaja yang b erneza-beza..

Jangan pernah mempertikaikan ujian yang dihadapi seseorang sebagaimana kamu mahu orang mengerti bertapa peritnya kisah hidupmu, perjalananmu, cabaranmu,, begitu juga mereka yang sedang menghadapi struggle hidup yang sukar dinyatakan secara jelas... Allah takkan mengujimu dengan sesuatu di luar batasanmu..

Tapi sedar atau tidak, kita sudah melangkah sejauh ini,, ujian yang dulunya kita katekan susah, kita berjaya menempuhnya dengan kuat. Jadi adakah susahnya ujian itu kerana kamu yang kurang mempercayai dirimu tetapi baiknya Allah yang sangat mempercayai kekuatan dan kelebihan dirimu. Disini kamu sedar, sejauh mana pun kamu melangkah, Allah tidak pernah meninggalkan kamu. Mungkin sebelum ini kamu marah akan keadaan yang menimpa dirimu, mempersoalkan kenapa kamu, tapi bukankah pada akhirnya kamu melihat kemanisan hasil daripada berkat kesabaran kamu yang 50% itu... 

Bayangkan jika kamu meletakkan kesabaran yang lebih tinggi + kepercayaan yang tinggi akan takdir Allah, bukankah ia akan menjadi lebih mudah,,, lebih tenang. Sebab itulah, selepas kita menempuh satu ujian atau keadaan besar, kita menjadi lebih peka dan tenang untuk ujian-ujian yang seterusnya. Kenapa, kerana pengalaman mendewasakan kamu. Jika kamu tidak pernah jatuh, kamu tidak akan pernah tahu sakitnya rasa luka itu, kamu takkan pernah tahu cara untuk bangun. Baiknya Allah kerana mempersiapkan kamu supaya kamu lebih tenang dan tahu untuk mengendalikan keadaan dan ujian yang mendatang... Dan ingatlah, tiada hidup yang tiada ujian sebab bekal yang kita bakal bawa pulang adalah hasil daripada ujian itu. Sejatuh mana pun kamu sekarang, teruskan bangkit.. beribu kali pun kamu jatuh teruskan bangkit... kerana selagi kamu bernafas, masih ada rezeki yang Allah sedang sediakan untuk kamu, jadi berusahalaa, bersabarlah... selagi kamu dijalan yang benar, selagi kamu menjaga hubungan mu dengan Allah.. Kamu tidak akan pernah kalah...



Comments

Popular posts from this blog

Noktah Sebuah Perjalanan

Time to move forward

Sebatas Rasa