Time to move forward
Akan tiba waktu dimana, kamu akan pergi tanpa perlu menjelaskan...
Waktu dimana hati kamu benar-benar muak dengan semua drama yang dipertontonkan oleh orang disekelilingmu.. Andai waktu ini tiba, teruskanlah... terus melangkah untuk keluar dari tempat yang tidak dijemput, tempat yang tiada ruang untuk kamu berteduh.. kenapa.... kerana penjelasan kamu tidak pernah didengarkan..
Jangan buang masa dengan perkara-perkara yang memenatkan...yang menjadi punca "drain your energy"... hidup ni terlalu singkat untuk hanya meratapi kekecewaan terhadap orang yang tidak perlu.. It's okey untuk bersedih, tapi pastikan kamu terus bangkit dari kesedihan itu..
Sedih bukan kerana sang "Dia" tetapi lebih kepada sedih kenapa aku diperlakukan seperti ini, kerana kamu tahu nilai dirimu lebih layak untuk diperjuangkan dengan cara yang lebih baik.. Tapi percayalah Allah tidak pernah mempertemukan kamu dengan orang yang salah. Tiada istilah salah dalam pertemuan melainkan sebagai pengajaran untuk kamu pelajari sebelum kamu melangkah ke episode cerita yang seterusnya.
Mungkin hadirnya "Dia" sebagai pembukaan cerita untuk chapter yang pertama..Ingat masih banyak lagi chapter-chapter yang perlu kamu lalui. Jadi jangan pernah berhenti di satu halaman sahaja hanya untuk menghayatinya dengan emosi yang berlebihan kerana...masih ade banyak lagi halaman-halaman yang perlu kamu semak untuk melihat keindahan ceritanya.. Jadi sesedih mana pun kamu, terus melangkah kerana ada banyak episode cerita yang mengasyikkan yang belum kamu ketahui""
Dan setiap kali kamu merasa sakit dihati dan kalah dengan emosi, bacalah ayat ini:
أَنِّى مَغْلُوبٌ فَٱنتَصِرْ Al-Qamar ayat 10
.jpeg)
Comments
Post a Comment