Sebatas Rasa

 

Beceritakan tentang rasa, bagi kanak-kanak rasa itu mungkin menuju kepada rase gembira dengan permainan pertamanya, rase sedap daripada makanan yang disukainya.  Bagi remaja pula, rasa itu mulai mendalam menuju kearah cinta monyet, rase suka buat pertama kalinya hadir dalam hati mereka yang sedang berbunga melihat crushnya disekolah. Mereka mungkin tidak terlalu memikirkan endingnya, kerana cinta monyet itu mengasyikkan dan memberi semangat untuk mereka merangkat ke sekolah dengan hati yang penuh kegembiraan bak kata orang "butterfly Mood"

Akan tetapi, bagi dewasa... adakah rase suka itu masih same seperti di alam persekolah. Yee, "butterfly Mood" itu masih lagi diguna pakai sehinggalah ke alam pekerjaan. Tetapi kali ini rase itu menjadi lebih mendalam. Rase yang membawa kepada "future" yang bakal dibina bersama seseorang yang tulus kita menyukainya, seseorang yang kita meletakkan kepercayaan penuh kepadanya.

Sehinggalah pada suatu tahap, kenyataan ini tidak seperti yang kita harapkan. Impian yang kita rencanakan hancur dengan satu hembusan angin. Seolah-olah kita terjaga daripada tidur yang lena disebabkan gangguan angin yang terlalu kuat. Dan buat pertama kalinya kita memaksa diri ini untuk terus terlena seperti anak kecil yang dipaksa oleh ibunya untuk tido siang...Dengan harapan mimpi indah akan menjelma kembali daripada menerima kenyataan yang menyakitkan ini 

Sekejam itukah "rasa" ?? Tidak... tetapi rasa kecewa yang terbentuk ini sukar untuk diluahkan. Kecewa dalam persahabatan, kecewa dalam kekeluargaan, kecewa dalam percintaan yang akhirnya menyumbang kepada kekecewaan dalam kehidupan. Tapi siapakah kita untuk mempersoalkan takdir ini, tanpa kita sedar kekecewaan inilah yang membentuk diri kita menjadi kuat seperti ini.

Bila difikirkan balik, "rase" ini adalah anugerah daripada Allah untuk kita merasakan perasaan yang hadir dalam diri kita sebagai seorang manusia. Kadang-kadang, rase kecewa membuatkan kita lupe akan rase gembira yang berpanjangan yang kita pernah lalui. Disebabkan satu kekecewaan kita melupakan segala rase "manis" yang pernah hadir dalam hidup kita. 

Untuk sebatas rase, bagi aku ini adalah "rase" yang paling menyakitkan. Kenapa?? aku pernah kecewa dalam banyak hal, tetapi setiap kekecewaan itu akhirnya membawa maksud yang sangat indah di mana pada akhirnya aku melihat jawapan dari setiap persoalan kekecewaan yang kita semua jalani. Tetapi untuk sebatas rasa, tiada ungkapan yang mampu aku ungkapkan.

Apabila, kita mula menyukai seseorang yang hadir secara tiba-tiba dan terpaksa melepaskan perasaan ini tanpa mempunyai alasan yang kukuh untuk membencinya. Pernah tak antara kamu menyukai seseorang tetapi mungkin mengambil keputusan untuk melepaskan rase ini disebabkan oleh "not same energy" atau perasaannya yang kian pudar untuk kamu. Percayalah bahawa jika sesuatu yang kamu amat sukai itu bukan milikmu, maka ia tidak akan pernah menjadi milik kamu sampai bila-bila. Walaupun kamu menjaganya bertahun lamanya dan kalu itu memang milik kamu, tersorok di dalam bumi pun, ia tetap akan dijumpai oleh kamu. 

Kerana ia bukan tentang masa, bukan tentang tempoh... tetapi ia tentang "milik" yang sudah tertulis untuk kamu. Sebatas rasa ini amat menyakitkan, kerana aku harus akur bahawa ia bukan milikku walaupun aku amat dan teramat menyukainya. Tapi percayalah, kita tidak akan pernah tahu masa depan.. Allah lebih mengetahuinya... mungkin untuk melupakan akan mengambil masa yang lama tetapi aku percaya pasti akan hadir seseorang yang Allah sediakan bila tiba waktunya....

Andai aku ditakdirkan untuk mempunyai "rase" yang sama singgah di dalam hidupku, aku berharap "rase" itu bukan lagi sebatas rasa tetapi rase yang membawa kepada seseorang yang tepat...




Comments

Popular posts from this blog

Noktah Sebuah Perjalanan

Time to move forward